Wednesday 20 February 2013

isu terkini!!


Dua pekerja parah, bumbung stadium yang sedang dibaik pulih runtuh

Cetak
KEADAAN kerangka struktur bumbung yang separuh runtuh yang mengakibatkan tiga pekerja parah ketika kerja baik pulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pagi tadi. - Foto Aswadi AliasKEADAAN kerangka struktur bumbung yang separuh runtuh yang mengakibatkan tiga pekerja parah ketika kerja baik pulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pagi tadi. - Foto Aswadi Alias
KUALA TERENGGANU: Kerangka struktur bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang dalam kerja baik pulih runtuh menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian pada jam 11.30 pagi tadi. 

Ketika kejadian, seramai 12 pekerja sedang menjalankan kerja pemotongan kerangka lama bagi menggantikan yang baru. 
Akibat kejadian itu, dua adripada tiga mangsa patah kaki dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. 

FAM terus buntu isu gaduh Selangor-Tentera


Kuala Lumpur: Walaupun pergaduhan antara Selangor dan Tentera genap sebulan Isnin ini, tetapi kesungguhan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menangani insiden itu terus mencetuskan persoalan.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang membincangkan kes itu, tetapi jawapan yang diberikan selepas itu mengecewakan - masih kekurangan bukti kukuh untuk mengemukakan pertuduhan ke atas pemain yang mencetuskan insiden berkenaan. 
“Kami perlu meneliti rakaman video kejadian itu dan jawatankuasa masih mengumpul maklumat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Laporan pegawai perlawanan hanya berkisar kepada perlawanan saja dan tidak termasuk mengenai kejadian yang berlaku,” kata Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud (gambar) selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam. 

Rentetan kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM menyelesaikan masalah itu dengan segera mencetuskan persoalan – adakah ia disebabkan campur tangan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)?

Hamidin nafi campur tangan

BH Sukan sebelum ini melaporkan perlawanan pusingan pertama Piala FA antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 25 Januari lalu, kecoh selepas berlaku kesilapan pengadil, Amirul Izwan Yaccob melayangkan kad merah kepada Shukur Jusoh kerana menyangka pemain tengah Selangor itu sudah mempunyai satu kad kuning.

Walaupun kekecohan berjaya dileraikan namun pergaduhan kembali tercetus sejurus tamat perlawanan di depan bangku pemain Tentera dan ia dikatakan berlaku berikutan provokasi yang dilakukan penyerang Selangor, Afiq Azmi.

Rentetan kelewatan Jawatankuasa Tatatertib FAM menyelesaikan masalah itu dengan segera mencetuskan persoalan – adakah ia disebabkan campur tangan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)? 
Tetapi, ia pantas dinafikan Hamidin dan FAM dalam kenyataannya semalam menafikan badan induk itu bersikap berat sebelah dalam menangani isu kekecohan membabitkan pergaduhan antara pemain Selangor dan Tentera berkenaan.

Wednesday 16 January 2013

Wednesday 9 January 2013

PATUT KE BELIAU?!


ADAKAH DATO LEE CHONG WEI PATUT DIKEKALKAN SEBAGAI JAGUH PEMAIN BADMINTON DALAM SUKAN OLIMPIK 2016 YANG AKAN DATANG?
Pada pendapat saya, Dato Lee patut dikekalkan sekiranya beliau masih ingin berbakti untuk tanah air kita dan keadaan badannya masih dapat mengekalkan staminia dan kecergasan pada tahap maksimun.Hal ini demikian kerana dalam barisan muda pemain badminton kita tiada seseorang pun dapat menewaskan Dato Lee Chong Wei.Pada masa ini, memang tiada calon yang sesuai untuk menggantikan kedudukan  Dato Lee Chong Wei sebagai 11kali juara dalam kejohanan badminton dalam MalaysiaJusteru ,pada masa yang sama  pihak kerajaan juga patut berusaha untuk melatih pemain-pemain muda kita untuk mengantikan kedudukan Dato Lee. Pemain-pemain muda kita memang kekurangan kestabilan dan daya saingan daripada pemain-pemain Negara lain.